Wednesday, November 23, 2011

Obsessive Parenting (Keibubapaan Yang Melampau)


Aku dah lama ada buku Freakonomics ni. Aku beli dulu masa tahun 2008 kalau tak silap masa kat Bintulu sebagai buku untuk mengisi masa lapang kat airport dan dalam flight. Biasa ler, naik AirAsia, masa menunggu kau telah dicompensatekan dengan harga tiket yang murah.

Buku ini diterbitkan kali pertama pada tahun 2005. Penulis nya Levitt (seorang ekonomis) dan Dubner (seorang wartawan) yang suka menggunakan tool economist untuk menganalisa isu isu yang tak ekonomik. Antara isu yang dibincangkan adalah "Pengguguran bayi boleh mencegah jenayah", "Persamaan Klu Klux Klan dengan Agen Hartanah" dan "Penamaan anak boleh menentukan masa depan anak itu".

Tapi ada satu chapter yang betul betul menarik minat aku bila baca balik buku ni baru baru ni. Sebagai seseorang yang baru jer 7 bulan  menjadi bapak, bab 5 dalam buku ni membuatkan aku banyak berfikir. Tajuk chapter 5 "What Makes a Good Parenting". Awal bab ni dia tulis bahawa pakar kanak kanak selalunya bertentangan di antara satu sama lain. Selalunya pakar kanak kanak akan cuba menanam perasaan takut terhadap ibubapa dan menyebabkan ibubapa menjadi obsessive. Obsessive parenting ni bahaya. Sebagai contoh antara kolam renang dan pistol yang disimpan di rumah, yang manakah lebih merbahaya. Ibubapa (di USlah) selalunya akan melarang anak mereka bermain di rumah kawan mereka yg ibubapanya menyimpan senjata api. Kerana senjata api bahaya. Mereka lebih rela anak bermain di rumah kawan yang ada kolam renang kerana lebih selamat. Tetapi secara statistiknya jauh lebih ramai kanak kanak mati disebabkan oleh lemas dalam kolam renang berbanding kanak kanak yang mati disebabkan oleh senjata api. Jadi ibubapa silalah "fear pools, not handguns".

Jadi dalam bab 5, Levitt dan Dubner (LD) telah menggunakan satu data dari kajian yang telah dilakukan pada awal tahun 90an oleh Jabatan Pendidikan US, Early Childhood Longitudinal Study (Kajian Awal Kanak Kanak Lokasi?? Google Translate). Kajian ini telah memilih 1000 murid bagi setiap negeri di US dan pencapaian budak budak ini di monitor. Selain daripada itu latar belakang keluarga, ibu bapa, kejiranan dan macam macam lagi direkodkan melalui interview. Melalui economic method, LD telah menganalisa data ini dan melihat faktor apakah yang memberi kesan signifikan terhadap anak. Keputusanyya adalah: Apa yang ibubapa buat terhadap anak anaknya (parenting style) tidak memberi impak signifikan terhadap anak anak. Apa yang penting adalah siapa ibubapa tersebut (who they are). 

Dibawah aku listkan apa yang memberi impak (terhadap markah anak anak) dan apa yang tidak memberi impak. Tolong jgn kompius okeh. Memberi impak terhadap markah bukan bermaksud markah anak seharusnya tinggi.

A. High Correlation Factors (memberi impak untuk markah anak)
  1. Ibubapa yang berpendidikan tinggi
  2. Ibubapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi
  3. Ibu yang mempunyai anak pertama pada umur lebih dari 30 tahun (dengan mengambil kira faktor ibu itu belajar atau mengejar kerjaya sebelum nak dapatkan anak)
  4. Anak yang mempunyai berat kelahiran yang rendah (ibu yang tidak menjaga diri sewaktu mengandung dengan mengisap rokok atau meminum arak)
  5. Ibubapa yang bertutur dlm English di rumah (aku rasa kalau apply konteks ni kat Malaysia, seharusnya yg bertutur bahasa melayu pasal sistem pendidikan kita dlm BM. kalau kat US kan byk afrikan, kumar,  hispanic, cina, afganistan jadi bila gi sekolah tak paham dgn pelajaran pasal tak guna mothertongue)
  6. Anak angkat (mengikut sumber rujukan LD, IQ adalah diwarisi, tetapi anak angkat selalunya bila dah dewasa IQnya akan terpengaruh dgn IQ ibubapa angkat)
  7. Ibubapa yang banyak terlibat dgn PIBG sekolah
  8. Anak banyak buku dirumah
B. Low Correlation Factors (kurang memberi impak terhadap markah anak)
  1. Status keluarga (broken @ tidak)
  2. Keluarga baru pindah ke kejiranan yang bagus
  3. Ibu yang tidak bekerja semasa anak baru lahir sehingga ke tadika
  4. Anak yang menghadiri kelas khas sebelum tadika
  5. Ibubapa yang selalu membawa anak ke muzium
  6. Anak yang selalu dirotan
  7. Anak yang selalu tengok tv (ha, ni aku rasa mmg tak beri impak kat tahap pelajaran dia, tapi memberi impak terhadap perangai dia. amek contoh diri aku sudah lah, dulu suka sgt tgk tv masa kecik, perangai mcm setan, kehkehkehkeh)
  8. Ibubapa yang membaca terhadap anak setiap hari.
Cuba bandingkan list A dan B. List A adalah apa dan siapa ibubapa itu sendiri. List B adalah apa yang ibubapa itu buat dan beri terhadap anak. Untuk bahasa PPSMInyer "The factors matter were not what the parents did, so much as who they were, and the technique in itself is so overrated".

Dari hasil kajian LD menunjukkan bahawa cara ibubapa itu sendiri mengendalikan dan menjalankan hidup mereka akan banyak mempengaruhi tahap kecerdasan anak anak. Perbuatan seharian, rutin kita yang akan mempengaruhi anak anak.

Oleh kerana itu, kalau anak ada yang "tidak menjadi", gagal dalam pelajaran atau nakal bangat tidak mahu mendengar kata, jangan salahkan sistem pendidikan yang ada. Jangan salahkan cikgu yang tak pandai mengajar. Jangan salahkan meja sekolah yang berlubang. Jangan salahkan kasut converse, jam GShock dan buckle talipinggang yang besar. Tapi salahkan diri anda kerana anak anda adalah copy and paste diri anda. 

Secara kesimpulannya, janganlah bimbang jika kita rasa cara parenting kita tidak betul. Jika anda adalah orang yang membuat research dan google mengenai parenting, most likely anda termasuk dalam List A. Jadi jangan bimbang. Sebaliknya bimbang sama ada perangai kita sendiri ni betul ke tak. Apakah yang kita buat di hadapan anak anak itu baik untuk tauladannya?

Akhir sekali, nak quote hadis yang paling femes dalam parenting:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah umpama kain putih (dalam keadaan fitrah). Ibubapanya yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi"

(just for a thought: kenapa dalam hadis tu takde sebut Islam?)

Wallahualam.

No comments: